Home Dunia Iran menolak dakwaan ‘penyelesaian hebat’ Trump

Iran menolak dakwaan ‘penyelesaian hebat’ Trump

4
0

TEHERAN, 12 Jun — Kerajaan Iran menegaskan bahawa mereka masih belum membuat keputusan muktamad berhubung satu perjanjian dengan Amerika Syarikat, walaupun Presiden AS, Donald Trump baru-baru ini mendakwa satu “penyelesaian besar” telah dicapai untuk menamatkan konflik yang berlarutan.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, berkata setakat ini belum ada persetujuan dimuktamadkan antara kedua-dua pihak.

“Iran masih belum mencapai sebarang kesimpulan akhir mengenai perjanjian itu,” katanya ketika mengulas kenyataan Trump yang mengumumkan beliau menjangkakan satu perjanjian akan ditandatangani di Eropah dalam tempoh terdekat.

Agensi berita Tasnim pula melaporkan bahawa Trump sebelum ini telah mengumumkan mengenai perjanjian yang dikatakan hampir dimeterai sebanyak 38 kali dalam tempoh dua bulan lalu.

“Sehingga Iran sendiri membuat pengumuman rasmi mengenai sebarang persefahaman, segala kenyataan yang dikeluarkan oleh Trump mengenai perkara ini haruslah dianggap sama seperti dakwaan beliau sebelum ini,” jelas agensi itu.

— AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here