TOKYO, 20 Jun — Kerajaan Jepun pada hari Jumaat mengumumkan keputusan untuk menaikkan yuran visa kemasukan tunggal bagi warga asing lima kali ganda kepada 15,000 yen (US$90; RM384.83) daripada 3,000 yen (RM76.97) bermula bulan Julai, yang merupakan peningkatan pertama sejak 1978 berikutan inflasi dan penyusutan yen.
Yuran untuk visa kemasukan pelbagai kali yang membenarkan pengunjung memasuki Jepun berulang kali dalam tempoh tertentu akan dinaikkan daripada 6,000 yen (RM153.94) kepada 30,000 yen (RM769.71), lapor Kyodo News.
“Menteri Luar, Toshimitsu Motegi, berkata semasa sidang akhbar bahawa pihak kami tidak menjangka langkah ini akan memberi kesan serta-merta terhadap pelancongan masuk.
Kenaikan ini dijangka mendekatkan yuran pengeluaran visa Jepun kepada paras yang dilaksanakan oleh negara-negara Kumpulan Tujuh. — Bernama-Kyodo









