Home Teknologi Legenda Zelda Kembali: Nintendo Sahkan ‘Ocarina of Time’ Akan Hadir di Switch...

Legenda Zelda Kembali: Nintendo Sahkan ‘Ocarina of Time’ Akan Hadir di Switch 2

5
0

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Desas-desus yang sudah lama berlegar akhirnya menjadi kenyataan apabila Nintendo secara rasmi mengumumkan bahawa permainan ikonik, The Legend of Zelda: Ocarina of Time, bakal menerima versi baharu khusus untuk konsol terbaharu mereka, Switch 2.

Remake berskala penuh ini dijadualkan dilancarkan pada tahun 2026, menandakan kepulangan gemilang salah satu judul paling berpengaruh dalam sejarah permainan video.

Ocarina of Time sememangnya diiktiraf sebagai antara permainan terbaik sepanjang masa dan ini bukan kali pertama Nintendo memberikan nafas baharu kepada karya tersebut. Kali terakhir ia diolah semula adalah pada tahun 2011 menerusi Ocarina of Time 3D eksklusif untuk Nintendo 3DS, yang memperkenalkan grafik dipertingkat dan kawalan lebih mesra untuk pemain generasi baharu.

Bagaimanapun, Nintendo masih berteka-teki mengenai butiran permainan ini, hanya memaparkan satu treler ringkas dengan petunjuk visual yang samar-samar tanpa mendedahkan sepenuhnya perubahan atau ciri terkini versi baharu ini. Peminat perlu menunggu untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana Nintendo bakal merevolusikan pengalaman klasik ini.

Pengumuman ini hadir bertepatan dengan ulang tahun ke-40 francais The Legend of Zelda. Tahun ini jelas menjadi ‘tahun Zelda’ buat Nintendo, bukan sekadar di konsol, malah turut diperluas ke layar perak. Filem aksi nyata berdasarkan permainan ini turut hangat diperkatakan, dengan tarikh tayangan terbaru dijadualkan pada 30 April 2027 selepas beberapa kali mengalami perubahan tarikh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here