CALIFORNIA, 26 Jun — Australia melayakkan diri ke pusingan knockout Piala Dunia hari ini setelah berjuang untuk mencatatkan keputusan seri 0-0 menentang Paraguay di Santa Clara, sekaligus meraih tempat kedua dalam Kumpulan D.
Socceroos, yang telah menewaskan Turki dalam perlawanan pembukaan mereka sebelum tewas kepada Amerika Syarikat, tidak pernah berdepan ancaman serius dalam usaha mereka mendapatkan satu mata untuk mara ke pusingan 32 terakhir di Levi’s Stadium di utara California.
Ini adalah kali ketiga Australia melepasi peringkat kumpulan dalam tujuh penyertaan di Piala Dunia.
Keputusan seri ini juga memastikan Paraguay berada dalam laluan ke pusingan knockout sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik dalam peringkat kumpulan.
Amerika Syarikat telah pun mengesahkan tempat teratas dalam Kumpulan D meskipun tewas 3-2 kepada Turki di Los Angeles hari ini. — AFP









