Dunia seni tempatan mengucapkan selamat tinggal kepada satu lagi bintang gemilang, seniwati ikonik, Maria Menado, yang telah meninggal dunia pada pukul 12.25 tengah hari ini, pada usia 94 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat faktor usia di samping keluarga terdekat di sebuah hospital swasta.
Keluarga Allahyarham, yang diwakili menantunya, Sairul Amar Ayob, mengesahkan bahawa ibu mertuanya telah dimasukkan ke hospital sejak 14 April yang lalu.
“Datuk Seri Maria Menado menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang,” jelasnya dalam perbualan dengan Astro AWANI.
Beliau juga menyatakan bahawa jenazah Allahyarham kini masih berada di hospital dan akan dibawa balik ke kediaman keluarga di Bukit Jelutong, Selangor, untuk memberi kesempatan kepada ahli keluarga, rakan, dan kenalan memberikan penghormatan terakhir.





