Iran baru-baru ini menahan kapal tangki minyak bernama Ocean Koi di Teluk Oman dalam sebuah operasi oleh Islamic Revolutionary Guard Corps (IRGC). Tehran menuduh kapal tersebut berusaha “mengganggu eksport minyak dan kepentingan nasional Iran.”
Media rasmi Iran telah menyiarkan rakaman yang menunjukkan pasukan IRGC menaiki dan mengawal kapal yang berdaftar di Barbados tersebut.
Dalam satu kenyataan, Iran menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang dianggap mencabuli keselamatan perairan mereka, terutamanya di kawasan strategik berdekatan Selat Hormuz.
Lebih mengejutkan lagi, Iran kini merancang untuk memperkenalkan “rejim maritim baru” di Selat Hormuz melalui sebuah badan yang dikenali sebagai Persian Gulf Strait Authority.
Setiap kapal yang ingin melintasi Selat Hormuz mesti memperoleh koordinasi dan kelulusan dari pihak Iran terlebih dahulu. Kapal juga diwajibkan untuk menghantar informasi terperinci, termasuk negara asal, jenis kargo, dan destinasi akhir sebelum dibenarkan menggunakan laluan tersebut.
Iran juga mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran tol kepada kapal-kapal yang melintasi kawasan ini.
Tindakan ini dianggap sebagai langkah signifikan dalam strategi baru Tehran, terutamanya tatkala ketegangan geopolitik dalam region semakin meningkat.
Pakar pertahanan menilai tindakan Iran untuk menangkap kapal dan mengawal navigasi di Selat Hormuz sebagai usaha untuk mempamerkan kekuatan politik dan pengaruh strategik mereka ke atas salah satu titik kritikal pengangkutan minyak di dunia.
Source






