Home Berita Mr DIY berjaya kumpul RM540 juta menerusi sukuk pertama mereka di Malaysia

Mr DIY berjaya kumpul RM540 juta menerusi sukuk pertama mereka di Malaysia

13
0

Mr DIY berjaya kumpul RM540 juta melalui sukuk pertama mereka di Malaysia di bawah program sukuk bernilai RM5 bilion.

Daripada jumlah itu, sekitar RM525 juta datang daripada Islamic Medium Term Notes (IMTN), manakala RM15 juta lagi daripada Islamic Commercial Papers (ICP).

Senang cerita, ini macam Mr DIY “pinjam duit” daripada pelabur melalui instrumen patuh syariah untuk kuatkan aliran kewangan syarikat dan terus berkembang.

Menurut syarikat itu, duit yang dikumpul ini akan digunakan untuk refinance hutang lama, tambah modal kerja, buka peluang pengembangan bisnes dan tampung perbelanjaan syarikat.

Yang menarik, sukuk ini dapat sambutan sangat kuat daripada pelabur apabila permintaan mencecah sehingga 6.5 kali ganda daripada jumlah asal yang ditawarkan.

Ini menunjukkan ramai pelabur masih yakin dengan model bisnes Mr DIY walaupun keadaan ekonomi global sekarang agak tidak menentu.

CEO Mr DIY, Adrian Ong berkata langkah ini juga membantu syarikat beralih kepada struktur pembiayaan patuh syariah sambil memberi lebih fleksibiliti kewangan untuk fasa pertumbuhan seterusnya.

Dalam bahasa mudah, pasaran nampaknya percaya Mr DIY masih ada ruang untuk berkembang besar lagi, sebab itu pelabur sanggup berebut masuk walaupun dunia sekarang tengah berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global.



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here