Home Lifestyle Jeritan Dalam Kesakitan: Menghadapi Derita yang Tak Bertepi

Jeritan Dalam Kesakitan: Menghadapi Derita yang Tak Bertepi

4
0


Bayangkan kesakitan menyengat yang menjalar di seluruh tubuh mu. Jeritan dan rintihanmu menjadi begitu kuat sehingga itulah nama rasmi bagi penyakit ini.

Pada abad ke-20, sebuah wabak misteri melanda penduduk di sebuah kampung di Jepun. Tulang mereka menjadi begitu rapuh sehingga seolah-olah seperti kaca. Hanya dengan batuk, tulang rusuk dapat patah. Sekadar mengubah posisi di atas katil juga boleh menyebabkan patah pada tulang belakang. Penderita mengalami kesakitan yang berterusan, mengerang siang dan malam. Penduduk menamakan penyakit itu ‘Itai-Itai Byo’, yang bermaksud ‘Penyakit Aduh-Aduh’.

Apa puncanya? Keracunan logam berat yang dikenali sebagai Kadmium. Sisa toksik ini dibuang oleh syarikat perlombongan ke dalam sungai yang dijadikan sumber air minum dan mengairi sawah padi oleh penduduk.

Inilah cara Kadmium merosakkan tubuh:

1. Kerosakan Buah Pinggang
Kadmium yang tertelan merosakkan buah pinggang, menyebabkan organ ini kehilangan fungsi untuk memproses kalsium.

2. Kalsium Dicuri dari Tulang
Apabila tahap kalsium dalam darah menurun, tubuh terpaksa ‘mencuri’ kalsium dari tulang untuk memastikan jantung berfungsi. Kadmium kemudian menggantikan posisi kalsium dalam tulang.

3. Tulang Menjadi Lembut (Osteomalacia)
Tulang menjadi sangat lembut dan berongga, kehilangan keupayaan untuk menampung berat badan, lalu patah dengan mudah walaupun dengan pergerakan yang sedikit.

Tragedi Itai-Itai merupakan peringatan yang penting tentang bahaya pembuangan sisa toksik. Meskipun ia berkaitan dengan sejarah Jepun, isu logam berat masih relevan hari ini melalui pembaziran e-waste yang haram dicampak ke sungai kita, atau produk kosmetik dan suplemen yang tidak berdaftar.

Marilah kita hargai sumber air bersih kita. Sungai yang tercemar hari ini mungkin mengakibatkan racun kepada darah dan tulang generasi mendatang.

#PublicHealthMalaysia #ItaiItai #Kadmium #LogamBerat #KesihatanAwam #TulangRapuh #SejarahPerubatan #PencemaranAlam


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here