Home Malaysia Bas bawa 32 pelajar kolej terlibat kemalangan di Kulim, pemandu cedera

Bas bawa 32 pelajar kolej terlibat kemalangan di Kulim, pemandu cedera

2
0

KULIM, 24 Jun — Seorang pemandu bas cedera manakala 32 penumpang selamat tanpa sebarang kecederaan setelah kenderaan tersebut tergelincir di Jalan Lebuh Kulim Techno City (KTC) berhampiran sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Syamsul Sinring, berkata bas yang membawa 32 pelajar kolej itu sedang dalam perjalanan dari Taman KTC 1 ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) apabila kejadian berlaku pada jam 7.30 pagi.

“Dalam kejadian itu, bas yang dipandu oleh seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dipercayai tergelincir sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Kulim, manakala semua penumpang dibawa balik ke kolej,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syamsul menyatakan bahawa siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut sedang dijalankan. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here