Perasan tak sekarang beg-beg Gen Z dihiasi dengan anak patung yang tergantung?
Kadang-kadang ada sampai lima. Comel, berwarna pastel, dan sering ditukar ikut mood. Ia lebih daripada sekadar aksesori; ia lambang gaya hidup baru yang muncul hasil fenomena blind box.
Dulu kita pernah gigit telur 20 sen atau 50 sen di kedai runcit. Tak tahu apa yang kita dapat, tetapi rasa teruja bila membuka dan menemui mainan yang kita inginkan. Kini, konsep yang sama diperbaharui dengan versi moden. Harganya kini bukan lagi sen, tapi puluhan ringgit bagi satu kotak!
Fenomena ini menarik perhatian Gen Z di seluruh dunia. Setiap kotak menyembunyikan figura yang mungkin “rare,” dan saat membukanya membangkitkan lonjakan dopamin seperti yang dialami ketika seseorang menang kecil dalam perjudian.
Wang Ning, pengasas Pop Mart, memahami bahawa manusia berbelanja bukan kerana barangan itu, tetapi kerana emosi. Dari situlah tercipta empayar bernilai berbilion dolar.
Berikut adalah beberapa tip untuk mengelakkan perbelanjaan berlebihan pada blind box:
1. Tetapkan bajet. Beli untuk keseronokan, bukan untuk berlumba.
2. Nikmati pengalaman, bukan terlalu mengejar rare. Itu lebih kepada nasib.
3. Pilih mengikut minat, bukan kerana trend.
4. Tukar atau kongsikan dengan kawan. Jadikan ia hobi, bukan ketagihan.
Jika berminat, cukup membeli satu atau dua. Elakkan daripada terjebak dan menghabiskan ratusan ringgit demi watak comel yang mungkin tidak akan muncul.
Source




