Orang narsistik rasa berjaya bila dia berjaya buat anda hilang kawalan terhadap diri sendiri.
Bukan semestinya dia mahu menang hujah.
Dia mahu menang emosi.
Dia rasa berjaya bila
Anda menangis kerana dia.
Anda marah sampai nampak macam anda yang bermasalah.
Anda tulis mesej panjang-panjang untuk pertahankan diri.
Anda masih kejar penjelasan daripada dia.
Anda takut bersuara sebab risau dia meletup.
Akhirnya anda mula rasa, “Mungkin aku yang salah.”
Itu kemenangan dia.
.
Cara untuk hentikan ialah putuskan bekalan reaksi.
Jawab pendek.
Jangan over-explain.
Jangan masuk debat yang berpusing.
Jangan balas ketika emosi sedang terbakar.
Jangan beri akses penuh kepada perasaan anda.
Jangan berharap dia akan beri closure yang matang.
.
Guna ayat ringkas:
“Saya tidak akan jawab tuduhan yang tidak benar.”
“Kita sambung bila keadaan tenang.”
Lepas itu berhenti.
Jangan tambah 18 perenggan.
Jangan hantar bukti satu folder.
Jangan cuba menang dalam gelanggang yang dia sendiri reka.
Sebab untuk orang narsistik, reaksi anda ialah makanan.
Makin anda meronta, makin dia rasa berkuasa.
Makin anda kejar, makin dia rasa penting.
Makin anda hancur, makin dia rasa berjaya.
.
Kadang-kadang cara paling kuat bukan melawan.
Cara paling kuat ialah tarik balik diri anda daripada permainan itu.
Bukan sebab anda kalah.
Tapi sebab anda akhirnya sedar, ketenangan anda lebih mahal daripada ego seseorang yang tidak pernah kenyang.
Source





