Home Malaysia Pusat Mengundi Pulau Besar Jadi Pertama di Johor Ditutup Selepas 32 Pengundi...

Pusat Mengundi Pulau Besar Jadi Pertama di Johor Ditutup Selepas 32 Pengundi Merekodkan Undi

1
0

Balai Raya Pulau Besar ditutup pada 11 pagi tadi, menjadi pusat mengundi pertama ditutup dalam Pilihan Raya Negeri Johor ke-16. Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Tenggaroh, Jamil Hasni Abdullah, berkata pusat itu mempunyai satu saluran dan 32 pengundi berdaftar.

Balai Raya Pulau Aur dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pemanggil ditutup pada tengah hari. Sementara itu, Balai Raya Pulau Sibu dan SK Pulau Tinggi ditutup pada 2 petang.

Kesemua pusat mengundi di lima pulau itu menampung 690 pengundi berdaftar. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan hadir mengundi 42.16 peratus, iaitu 1,130,980 daripada lebih 2.6 juta pemilih, setakat 1 petang.

Proses pengundian dijadualkan berterusan sehingga 6 petang ini. Laporan ini disiarkan berdasarkan maklumat yang dipetik oleh Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here