Home Lifestyle Percutian Indah, Namun Disapa Sakit

Percutian Indah, Namun Disapa Sakit

3
0


Setelah tiba di destinasi percutian yang indah, tiba-tiba kepala terasa berdenyut, tubuh menjadi lemah, perut mula berasa loya, dan sukar untuk tidur pada malam hari.

Jika anda baru sahaja berada di kawasan tinggi (ketinggian sekitar 2,500 meter ke atas), ini mungkin petanda tubuh anda mengalami ‘Acute Mountain Sickness’ (AMS).

AMS terjadi ketika tubuh masih belum dapat menyesuaikan diri dengan tekanan udara yang rendah dan kadar oksigen yang berkurangan. Badan anda, terutamanya otak dan paru-paru, sedang beradaptasi dan memerlukan masa untuk menyesuaikan cara bernafas dalam keadaan baru ini.

Ini menjelaskan mengapa individu yang kelihatan sihat, muda, dan bertenaga masih boleh mengalami AMS. Ia bukan persoalan stamina atau kekuatan mental, tetapi berkaitan dengan aspek FIZIK.

TANDA AWAL AMS:
🏔️ Sakit kepala dan berasa pening.
🏔️ Rasa loya dan mungkin muntah.
🏔️ Cepat merasa letih dan mengalami kesukaran untuk tidur.

TANDA BAHAYA (RED FLAGS)

Jika simptom di bawah muncul, JANGAN biarkan begitu sahaja. Segera turun ke ketinggian yang lebih rendah dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

🚨 Kebingungan dan bercakap tidak menentu.
🚨 Berjalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
🚨 Sesak nafas walaupun dalam keadaan rehat!
🚨 Batuk teruk dengan bibir berwarna kebiruan.

TIPS PENCEGAHAN SEBELUM BEPERANCS:

✅ Naik perlahan-lahan. Jangan tergesa-gesa mengejar jadual!

✅ Hindari aktiviti berat pada hari pertama dan JANGAN minum alkohol.

✅ Rujuk kepada doktor mengenai ubat pencegahan (seperti Acetazolamide) jika perlu dan jangan ambil tanpa nasihat.

Gunung boleh tunggu. Gambar pemandangan yang menakjubkan boleh diambil kemudian. Namun, otak dan paru-paru kita tidak dapat dipaksa. Rehat, awasi diri, dan turun jika keadaan bertambah teruk.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here