Home Lifestyle Kucing Nampak Lemah, Pemilik Beri Paracetamol Dewasa Akibatnya Terjadi Bengkak Pada Muka...

Kucing Nampak Lemah, Pemilik Beri Paracetamol Dewasa Akibatnya Terjadi Bengkak Pada Muka Kucing

12
0


Seekor kucing cuma nampak lemah.

Pemiliknya yang menyangka mahu membantu, memberi sebiji paracetamol dewasa. Tidak lama kemudian, muka kucing itu membengkak. Pemiliknya hampir menangis bila tahu ubat manusia yang biasa ada di rumah itu sebenarnya boleh menjadi racun kepada haiwan peliharaan.

Itulah yang dilaporkan berlaku di Thailand. Kucing itu bernasib baik kerana dibawa segera ke hospital veterinar dan akhirnya pulih. Tapi tidak semua haiwan sempat diselamatkan.

Paracetamol bukan ubat selamat untuk diberi sesuka hati kepada kucing atau anjing. Badan mereka tidak memproses ubat ini seperti manusia. Terutama kucing, kesannya boleh jadi sangat cepat dan sangat berbahaya.

Antara tanda keracunan yang boleh berlaku ialah lesu, muntah, muka atau kaki bengkak, gusi bertukar ungu gelap, sukar bernafas, darah berwarna perang dan kegagalan hati. Dalam dos tinggi, kematian juga boleh berlaku dengan cepat.

Ramai beri ubat sebab sayang. Tapi sayang tanpa ilmu kadang-kadang boleh mencederakan. Bila haiwan peliharaan kita sakit, jangan jadi doktor sendiri dengan ubat manusia yang ada dalam laci rumah.

Kalau kucing atau anjing anda nampak lemah, jangan terus capai paracetamol. Dapatkan nasihat doktor veterinar. Kadang-kadang satu pil yang kita anggap kecil, boleh jadi ancaman besar pada nyawa haiwan yang kita paling sayang.

#PublicHealthMalaysia #KesihatanHaiwan #AmaranKesihatan #JanganBeriParacetamol



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here