Home Berita Ketegangan Meningkat: Protes Diplomatik Jepun Terhadap Beijing

Ketegangan Meningkat: Protes Diplomatik Jepun Terhadap Beijing

78
0


Hubungan Tokyo-Beijing semakin tegang selepas Jepun secara rasmi menghantar protes diplomatik yang keras, ekoran kenyataan seorang konsul China di Osaka, Xue Jian, yang dianggap sebagai ancaman kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi.

Xue Jian, selaku Konsul-Jeneral China di Osaka, mengeluarkan kenyataan yang ekstrem. Beliau berpendapat tuduhan Takaichi yang menyatakan situasi Taiwan boleh menjadi “ancaman kelangsungan hidup” kepada Jepun sebagai satu provokasi besar terhadap China sebagai negara jiran.

Dalam kenyataannya yang kasar, Xue menggunakan ungkapan “cut off that dirty neck” yang merujuk kepada komen Takaichi mengenai kemungkinan Jepun akan bertindak balas jika China menyerang Taiwan. Meskipun hantaran itu sudah dipadam, ia telah tersebar luas dan memberikan impak yang besar terhadap hubungan diplomatik antara Jepun dan China.

Takaichi membuat kenyataan tersebut kerana kebimbangan bahawa sekiranya China menyerang Taiwan, Jepun secara automatik akan terlibat, memandangkan kedudukan geografi Jepun yang hanya sekitar 100 km dari pulau-pulau selatan Jepun.

Bagi Takaichi, isu Taiwan bukan sekadar masalah jiran, tetapi merupakan isu keselamatan kebangsaan Jepun, kerana ia boleh mengganggu laluan perdagangan, minyak, dan juga pengaruh AS di kawasan tersebut. Dengan menyatakan ia sebagai “ancaman kelangsungan hidup”, Jepun menunjukkan kesediaan untuk menganggap krisis Taiwan sebagai ancaman langsung yang boleh menggugat kestabilan negara.

Bagi Jepun, komen tersebut bukan sahaja dianggap “kasar”, tetapi juga merupakan ancaman terbuka kepada pemimpin negara, yang turut mendapat kecaman daripada AS yang melihatnya sebagai “mengancam keselamatan”.

Sementara itu, Beijing tampak tidak mengambil peduli, manakala Tokyo terus mendesak supaya tindakan disiplin diambil terhadap diplomat tersebut.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here