Seorang pendakwah bebas telah direman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana sebuah NGO yang berjumlah sekitar RM12.3 juta. Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Sara Afiqah Zulkifli selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.
Menurut maklumat, lelaki yang berumur sekitar 30-an itu ditangkap pada sekitar pukul 8 malam semalam ketika berada di pejabat SPRM Negeri Sembilan untuk memberikan keterangan.
Siasatan awal menunjukkan bahawa suspek, yang juga adalah pengerusi NGO berkenaan, didakwa terlibat dalam kegiatan ini dari September 2022 sehingga kini.
Dia dipercayai telah menyalahgunakan kedudukannya dan berkomplot dengan dua ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan kira-kira RM12.3 juta ke dalam akaun bank miliknya serta lapan syarikat yang dimiliknya.
Sebagai langkah lanjut, SPRM Negeri Sembilan telah membekukan 15 akaun bank yang merangkumi tiga akaun peribadi, tiga akaun NGO, dan sembilan akaun syarikat dengan jumlah keseluruhan kira-kira RM16.5 juta.
Source






