Festival Coachella sekali lagi menarik perhatian, bukan hanya sebagai acara muzik tetapi juga sebagai platform untuk menyampaikan mesej politik apabila kumpulan terkenal Amerika, The Strokes membuat persembahan yang memicu perbincangan.
Di hujung minggu kedua festival tersebut, band ini mengakhiri penampilan mereka dengan lagu Oblivius (2016). Namun, perhatian lebih tertumpu pada visual yang ditayangkan di skrin besar semasa lagu itu dimainkan.
Montaj tersebut mengisahkan hubungan antara Central Intelligence Agency (CIA) dengan pelbagai usaha untuk menggulingkan kerajaan di luar negara.
Antara insiden yang ditonjolkan adalah penggulingan Perdana Menteri Iran, Mohammad Mossadegh pada tahun 1953, sebuah peristiwa yang telah dibongkar melalui dokumen yang sebelum ini dirahsiakan.






