Home Lifestyle Pantang Cuti: Dari Demam ke Migrain – Kisah Cuti yang Tak Kesampaian

Pantang Cuti: Dari Demam ke Migrain – Kisah Cuti yang Tak Kesampaian

5
0


Tak sampai hati nak cuti, terus demam. Baru sampai hotel, migrain pula menyerang. Pernah tak korang alami situasi macam ni? Rasa seolah-olah “nasib malang” kan?

Sebenarnya, Tuan-tuan dan Puan-puan, ini bukan nasib malang. Apa yang berlaku adalah badan kita melakukan protes besar-besaran! Fenomena ini dikenali sebagai “THE LET-DOWN EFFECT”.

Begini ceritanya…

Ketika korang bekerja keras tanpa henti sebelum bercuti, badan kita akan mengeluarkan hormon ADRENALIN dan KORTISOL (hormon stres). Hormon-hormon ini berfungsi sebagai “perisai” sementara, yang menahan rasa sakit dan radang, serta membantu kita bertahan.

Namun, sebaik sahaja korang mula bercuti dan berehat, “perisai” ini akan jatuh dengan tiba-tiba. Sistem imun yang sebelum ini tertekan akhirnya “bangun” dan menyerang semula virus-virus yang telah diam-diam menanti dalam badan.

Kesannya?

Demam, selsema, migrain semua datang bertimpa-timpa. Badan kita sebenarnya sedang berkomunikasi dengan kita,

“Haa, sekali ni barulah kau faham erti penat, kan?”

Jadi, tips dari saya adalah jangan brek secara mengejut. Jika plan nak bercuti, perlahankan kerja seminggu lebih awal. Jangan tunggu Jumaat petang untuk bekerja keras dan berharap Sabtu pagi dapat bersantai di tepi pantai.

Jelas sekali, itu bukan cara yang baik.

Ingat, badan kita bukan mesin. Terus tekan minyak, enjin pasti akan rosak.

#PublicHealthMalaysia #LetDownEffect #SakitWaktuCuti #MentalHealth #StressManagement #Healing


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here