Home Ekonomi Binance Disaman Hampir 1,700 Pelabur UK kerana Produk Didakwa Ilegal

Binance Disaman Hampir 1,700 Pelabur UK kerana Produk Didakwa Ilegal

2
0

MOSCOW, 1 Julai — Hampir 1,700 pelabur British telah mengemukakan tuntutan terhadap bursa cryptocurrency Binance kerana menawarkan instrumen kewangan berisiko yang tidak diluluskan oleh pengawal selia di United Kingdom (UK), menurut laporan akhbar Financial Times, yang dilaporkan oleh Sputnik/RIA Novosti.

Tuntutan ini, yang difailkan pada hari Isnin di Mahkamah Tinggi UK, mendakwa bahawa pada tahun 2019-2020, bursa tersebut telah menggunakan kempen pengiklanan untuk mempromosikan produk yang tidak mematuhi undang-undang British, lapor tersebut pada hari Selasa.

“Pelanggan kami adalah orang biasa, ramai di antaranya telah melaburkan simpanan yang besar dan mengalami kerugian kewangan sebenar. Kami bertekad untuk memastikan Binance dan pengasasnya, Changpeng Zhao, bertanggungjawab. Pasaran cryptocurrency terlalu lama beroperasi dalam ruang di mana pengguna mempunyai pilihan terhad apabila berlaku masalah,” kata seorang peguam kepada akhbar tersebut.

Para pelabur menuntut ganti rugi sebanyak £150 juta (RM811 juta), tambah laporan itu. — Bernama-Sputnik/RIA Novosti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here