OPPO benar-benar bersemangat dalam memperkenalkan model terbaru mereka, siri OPPO Reno15. Kali ini, bukan sekadar mempamerkan telefon di pusat membeli-belah sahaja!
Dari 13 hingga 18 Januari 2026, OPPO telah pun ‘menghidupkan’ IOI City Mall dengan acara Aurora Rave Roadshow yang lebih terasa seperti festival mini daripada pelancaran biasa.
Selama enam hari ini, kawasan roadshow dipenuhi dengan muzik, aktiviti interaktif, serta giveaways dan freebies. Dari niat awal untuk melihat, terus saja singgah dan berpartisipasi!
Hujung Minggu yang Lebih Meriah dengan Persembahan Live. Menghadirkan Iman Troye, FUGO dan Banyak Lagi!
Rancang untuk ke IOI City Mall hujung minggu ini? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk berhibur di pentas Aurora Rave pada 17 Januari mulai 3:30 petang yang akan menampilkan Iman Troye, Empty Page, FUGO, Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Sementara pada 18 Januari, dari jam 3 petang, suasana akan berpindah ke K-Pop Dance Party dengan Matcha Giveaway untuk pengunjung terawal.
6,000 Belon & 6,000 Peluang Menang
Sini adalah segmen yang paling dinanti-nantikan. OPPO akan melepaskan 6,000 belon berisi hadiah sepanjang roadshow ini. Ambil perhatian pada waktu ini!
16 Januari – 7:30 malam
17 Januari – 4:30 petang
18 Januari – 4:30 petang
Perhatikan belon yang dilepaskan kerana belon merah jambu menawarkan diskaun sehingga 50% untuk siri Reno15.
Belon putih mungkin memberikan anda kopi percuma atau potongan RM100 untuk produk OPPO IoT. Pastinya akan meriah!
Siri OPPO Reno15 Memberi Ruang untuk Kreativiti Pengguna Smartphone!
Di sebalik semua promosi ini, Siri OPPO Reno15 memang patut mendapat perhatian kerana kamera selfie ultra-wide 0.6x memudahkan pengambilan gambar berkumpulan tanpa berebut ruang.
AI Motion Photo Popout membolehkan visual bergerak dihasilkan terus dalam telefon, lengkap dengan template sedia ada. Bagi peminat potret, lensa telefoto 3.5x memberikan latar belakang blur yang kelihatan kemas dan premium.
Berminat? Berikut adalah Harga Rasmi Siri OPPO Reno15 Di Malaysia
Reno15 Pro 5G – RM2,999
Reno15 5G – RM2,399 / RM1,999
Reno15 F 5G – RM1,599 / RM1,499
Beli Terus di Acara dan Nikmati Bonus Berganda
Bagi anda yang berminat dengan model terbaru ini, jangan lepaskan peluang untuk membeli di roadshow ini yang menawarkan 6 bulan ansuran 0% melalui SPayLater, tambahan waranti 1 tahun, serta hadiah eksklusif di lokasi termasuk OPPO Watch S, Enco Buds3 Pro percuma dan koleksi edisi terhad.
Jom Join Kemeriahan Roadshow OPPO Siri Reno15
Tak tahu nak buat apa hujung minggu ini? Sertai kemeriahannya di Aurora Rave Roadshow di IOI City Mall, Putrajaya. Mungkin anda yang beruntung membawa pulang hadiah menarik.
Jumpa di sana. Untuk maklumat lanjut, ikuti OPPO di Instagram.









