Home Hiburan Sebuah kapcai dengan nombor plat ‘PM 2’ telah menarik perhatian ramai dan...

Sebuah kapcai dengan nombor plat ‘PM 2’ telah menarik perhatian ramai dan kini dibuka untuk dijual dengan harga minimum RM750,000. Ini merupakan peluang unik bagi penggemar kenderaan dan koleksi nombor plat eksklusif.

35
0

Pada pandangan pertama, motosikal Aveta DY 115 ini tidak begitu menarik. Ia hanya sebuah model ‘retro’ dengan enjin 113.3 cc empat lejang dan kapasiti tangki bahan api sebanyak 4.2 liter, biasanya dijual dalam lingkungan RM3,988 hingga RM4,088.

Namun, keadaan menjadi berbeza apabila satu hantaran viral di media sosial menunjukkan motosikal yang sama ditawarkan pada harga sebanyak RM750,000, menyebabkan ramai orang tertanya-tanya.

Fakta sebenarnya adalah nilai yang tinggi ini bukan pada motosikal itu sendiri, tetapi pada nombor pendaftaran unik ‘PM 2’ yang dipasang, yang merupakan salah satu daripada nombor yang sangat rare dan menjadi perhatian pengumpul.

Orang di sebalik iklan tersebut, Muhammad Saffwan Muhammad Lotpy, yang berumur 37 tahun dari Batu Caves, menyatakan bahawa motosikal itu milik sepupunya dan dia hanya membantu untuk mempromosikannya kepada pembeli yang berminat. Dengan lebih dari 15 tahun pengalaman sebagai runner dalam urusan JPJ dan Puspakom, beliau faham akan nilai nombor pendaftaran eksklusif tersebut.

“Harga pasaran nombor itu adalah sekitar RM700,000 dan ke atas kerana ia adalah nombor dua, antara yang paling dicari. Bagi nombor ‘PM 1’, harga mungkin melebihi RM1 juta,” ujar Saffwan ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan, nombor pendaftaran itu sebelumnya milik kenderaan lain sebelum dipindahkan ke motosikal mengikut prosedur yang sah oleh pihak JPJ.

“Proses pemindahan nombor dari kenderaan ke motosikal tidaklah rumit dan boleh dilakukan dalam sehari melalui prosedur biasa di JPJ dan Puspakom,” tambahnya.

Saffwan juga menambah, nilai nombor plat seperti ini lebih kepada kepuasan dan status dalam kalangan peminat automotif yang sanggup untuk berbelanja lebih demi keunikan.

“Hanya pembeli yang serius dapat menghargai betapa berharga memiliki kenderaan dengan nombor plat rare. Apabila memiliki nombor yang jarang, ia memberikan kepuasan tersendiri. Ini yang menyebabkan peminat nombor sanggup membelanjakan banyak,” tuturnya lagi.



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here