Home Hiburan Pornthep Tinbangbon Akui Mudah Serasi Dengan Perak Bison, Puji Sokongan Padu Penyokong

Pornthep Tinbangbon Akui Mudah Serasi Dengan Perak Bison, Puji Sokongan Padu Penyokong

3
0

Kehadiran bintang import Thailand, Pornthep Tinbangbon bersama Perak Bison nyata memberikan impak apabila dia berjaya membantu pasukan itu muncul juara STL 2026 GP Pulau Pinang.

Menariknya, Pornthep tidak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan pasukan apabila terus memainkan peranan dalam kempen cemerlang Perak Bison pada saingan tersebut.

Kejayaan itu turut diserikan dengan pengiktirafan individu apabila Pornthep dinobatkan sebagai tekong terbaik GP tersebut, manakala ketua pasukan, Amirul Zazwan Amir pula membawa pulang anugerah apit kanan terbaik.

Pornthep Tinbangbon Akui Mudah Serasi Dengan Perak Bison, Puji Sokongan Padu Penyokong

Pornthep Tinbangbon Mudah Serasi Dengan Perak Bison

“Bagi saya, proses untuk mendapatkan persefahaman dengan pasukan tidak begitu sukar kerana saya hanya perlu melakukan sedikit penyesuaian sahaja. Ini kerana Perak Bison sememangnya sudah mempunyai kekuatan tersendiri,” ujar Pornthep Tinbangbon ketika ditemu bual The Vocket.

Dalam masa sama, tekong skuad kebangsaan Thailand itu turut meluahkan rasa terharu dengan sambutan baik yang diterima daripada semua pihak sejak menyertai Perak Bison.

“Sambutan daripada rakan sepasukan dan barisan jurulatih sangat baik. Saya benar-benar terharu dengan layanan yang diberikan.”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat sepak takraw di Malaysia terutamanya penyokong Perak Bison.”

“Sorakan mereka sangat kuat dan saya menyukainya. Kehadiran penyokong seperti ini membuatkan saya lebih seronok ketika beraksi.”

Malah, Pornthep turut menjelaskan bahawa dia tidak berasa terlalu tertekan ketika beraksi sepanjang kejohanan tersebut.

Sebaliknya, dia memuji penganjuran pertandingan yang disifatkan berada pada tahap cukup baik, sekali gus memberikan pengalaman menarik buat dirinya.

“Mengenai tekanan, saya tidak berasa terlalu tertekan. Penganjuran pertandingan di venue ini, termasuk aspek pencahayaan, suasana dan bunyi-bunyian, sangat baik.”

Mengulas mengenai pendekatannya ketika beraksi bersama Perak Bison, Pornthep menegaskan bahawa beliau hanya mahu memberikan komitmen terbaik di gelanggang tanpa terlalu memikirkan keputusan yang bakal diperoleh.

Pornthep Tinbangbon Akui Mudah Serasi Dengan Perak Bison, Puji Sokongan Padu Penyokong

“Tiada apa-apa yang istimewa. Saya hanya perlu menjalankan tanggungjawab dan memberikan yang terbaik di gelanggang. Jika itu dilakukan, keputusan yang baik akan menyusul dengan sendirinya.”

Kejayaan itu pastinya menjadi suntikan semangat buat Pornthep Tinbangbon untuk terus memberikan sumbangan terbaik selepas memulakan perjalanan bersama Perak Bison dengan gelaran juara.

#Pornthep #Tinbangbon #Akui #Mudah #Serasi #Dengan #Perak #Bison #Puji #Sokongan #Padu #Penyokong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here