Home Lifestyle Ketuk Pintu Tanpa Sedar: Kebiasaan yang Perlu Kita Elakkan

Ketuk Pintu Tanpa Sedar: Kebiasaan yang Perlu Kita Elakkan

2
0


Ada satu bentuk “ketuk pintu” yang ramai orang lakukan tanpa menyedarinya.

Apabila kita merasakan seseorang itu semakin menjauh, perasaan panik akan datang. Kita mengetuk pintu dengan keras, mengajukan soalan berulang kali, mendesak agar mendapat jawapan segera demi menenangkan hati yang gelisah.

Namun, pintu yang diketuk dengan kasar sering kali tidak terbuka, malah jadi semakin tertutup.

Analogi ini menggambarkan situasi di mana, bila kita takut kehilangan orang tersayang, tindakan kita seringkali dipandu oleh emosi. Kita berusaha mendesak dan bertanya tanpa henti mencari jawapan untuk meredakan keresahan hati kita. Ini digambarkan sebagai “ketuk pintu terlalu keras”.

Tekanan seperti ini biasanya menyebabkan seseorang menjauh, bukannya mendekat. Bukan kerana mereka tidak peduli, tetapi mungkin mereka tidak mampu memberi respon pada waktu tersebut.

Oleh itu, “ketuklah pintu dengan lembut” – berikan ruang, hargai perasaan serta keadaan orang lain. Dekatkan diri tanpa paksaan.

Jika akhirnya pintu itu tidak dibuka, ingatlah, itu bukan satu kegagalan. Sekurang-kurangnya anda telah berusaha dengan niat yang baik dan adab, bukan paksaan.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here