Banyak yang menyebabkan ramai ingin “undur awal” bukan hanya kerana beban kerja yang berat, tetapi juga kerana situasi yang semakin meruncing. Dokumen semakin menumpuk, borang tak berkesudahan, KPI bertambah, sedangkan individu yang menggalas tugas tetap sama.
Walaupun program bertambah, kesan yang ditunjukkan tidak jelas. Hanya tarikh, mesyuarat, laporan, pembetulan, semakan, dan proses yang berulang.
Bagi mereka yang berhadapan dengan pelanggan, sabar diuji setiap hari. Ketika pelanggan marah pada sistem, kita yang terpaksa mendengar. Kita berusaha untuk kekal profesional, tetapi kadang-kadang hati terasa penat yang amat.
Jika ini adalah situasi anda, ingatlah anda bukan seorang yang lemah.
Mungkin anda telah terlalu lama berperanan sebagai “orang yang menahan semua”. Cari ruang selamat untuk berkongsi, seorang kawan yang dapat mendengar, pasangan yang memahami, atau sesiapa yang anda percayai.
Agar beban tidak terus tertumpu sendirian dalam dada.
Source






