Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dikenali dengan nama Syed Abdullah atau Space Dollah, menarik perhatian netizen selepas memberi komen pada sebuah hantaran yang merujuk namanya. Ini susulan isu tular mengenai pemakaian pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.
Dalam hantaran tersebut, seorang pengguna dilihat merujuk Space Dollah sebagai ‘bercapuk’ sambil menyindir tindakannya yang sebelum ini menyamakan Bella dengan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah.
Menjawab komen tersebut, Space Dollah meluahkan agar individu berkenaan tidak menggunakan gelaran tersebut. Dia menyatakan bahawa dia lebih rela dipanggil binatang bermuka zebra.
“Tolonglah, jangan panggil saya bercapuk. Saya tidak faham mengapa. Lebih baik panggil saya binatang bermuka zebra. Terima kasih tuan,” tulisnya.
Reaksi tersebut bagaimanapun mengundang perhatian ramai, dengan majoriti netizen mengecam tindakan individu yang dianggap memalukan dan biadab.
BACA:






