Home Lifestyle Kesedihan Seorang Sahabat: Menghadapi Kehilangan Kucing Tercinta

Kesedihan Seorang Sahabat: Menghadapi Kehilangan Kucing Tercinta

16
0


Kawan anda sedang berduka kerana kucingnya meninggal dunia. Dalam saat kesedihan itu, dia tiba-tiba berkata, “Aku lagi sedih, bulan lepas pun sama, sampai tak makan tiga hari.”

Pernahkah anda bertemu seseorang dengan sikap begini?

Segala isu, topik, atau masalah perlu diputar agar kembali kepada cerita DIERNYA.

Fenomena ini dikenali sebagai “MAIN CHARACTER SYNDROME” (Sindrom Watak Utama). Walaupun bukan diagnosis rasmi, ia adalah tingkah laku di mana seseorang menganggap hidup ini adalah filem peribadi mereka, dan orang lain hanyalah “watak sampingan” yang berfungsi untuk menyokong naratif mereka.

Berikut adalah 5 tanda “Sindrom Watak Utama”:

🚩 1. Mengaitkan semua situasi dengan diri sendiri (Cenderung egosentrik).

🚩 2. Sukar untuk memahami atau melihat perspektif orang lain (Lemah empati).

🚩 3. Merasa dirinya adalah orang “paling penting” dalam ruang tersebut.

🚩 4. Mendramatisasikan isu kecil seolah-olah ia adalah tragedi besar.

🚩 5. Menginginkan pujian dan pengesahan yang berlebihan.

Mereka yang mengalami sindrom ini sering tidak menyedari bahawa mereka “menghisap” tenaga orang di sekeliling. Persahabatan dengan mereka boleh menjadi melelahkan kerana interaksi yang sehala.

Ingatlah, dunia ini berputar di paksi yang lain, bukan berputar mengelilingi anda. Luangkan waktu untuk mendengar, berempati, dan memberi ruang kepada orang lain untuk bersinar.

#PublicHealthMalaysia #KesihatanMental #PsikologiManusia #MainCharacterSyndrome #SindromWatakUtama #Narsistik #KesihatanSosial #Empati #ToxicFriendship #MentalHealthAwareness


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here