5 Hari Menuju Raya
Jika anda baru teringat untuk kelihatan berseri sebelum Sabtu, tidak perlu panik.
Dalam lima hari, kita mungkin tidak dapat mengubah kulit sepenuhnya. Namun, kita masih boleh mengelakkan wajah menjadi lebih letih, kusam, dan berjerawat.
Masalah yang sering berlaku adalah ketika raya semakin hampir, ramai yang melakukan terlalu banyak langkah.
Menambah serum.
Mencuba produk baru.
Menggunakan pelbagai produk.
Memicit jerawat.
Tidur lewat.
Hasilnya, pagi raya nanti kulit bukan berseri, tetapi tertekan.
Dengan tinggal lima hari, jangan harapkan keajaiban. Fokus kepada kulit yang tenang.
Langkah yang perlu:
- Cuci muka dengan lembut.
- Gunakan pelembap.
- Jangan abaikan sunscreen.
- Elakkan mencuba produk baru yang tidak dikenali.
- Jangan picit jerawat untuk mempercepatkan penyembuhan.
Kulit perlu kita berhenti melakukan perkara yang menyakitkan. Dengan tidur yang cukup, rutin sederhana, dan penjagaan barrier kulit, wajah biasanya akan kelihatan lebih segar.
Bukan sekadar kulit bersinar, tetapi kulit yang tidak merajuk pada pagi raya.
Kali ini, matlamat kita bukan untuk mendapatkan wajah sempurna.
Cukuplah wajah nampak sihat, tenang dan tidak menimbulkan masalah ketika tetamu datang beraya.






