Home Sukan Skuad AMD B-14 Bersedia Menggempur SFC Invitational Game 2026

Skuad AMD B-14 Bersedia Menggempur SFC Invitational Game 2026

4
0

Skuad AMD B-14 Bergandingan dalam SFC Invitational Game 2026

Sebanyak 40 pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) berusia 14 tahun sedang mengambil bahagian dalam SFC Invitational Game 2026 yang dianjurkan oleh Akademi Selangor FC. Perlawanan ini berlangsung mulai semalam sehingga Ahad, 15 Mac 2026.

Para pelatih ini dibahagikan kepada dua pasukan yang mewakili Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), iaitu AMD B-14 Dream dan AMD B-14 Future.

Skuad AMD B-14 di bawah bimbingan ketua jurulatih, Rusdi Suparman, dengan bantuan daripada penolong ketua jurulatih, Aziz Ismail, dan Shahril Faizal Sharifuddin, serta jurulatih penjaga gol, Rozaimi Rohim.

SFC Invitational Game 2026 merangkumi lapan pasukan yang dihimpunkan dalam dua kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada AMD B-14 Dream, SFC Red (SMKSA), SFC Red (SSN), dan PLD Larut Matang & Selama B-16, manakala Kumpulan B mengandungi AMD B-14 Future, SFC Giant (SMKSA), SFC Giant (SSN), dan PLD Larut Matang & Selama B-15.

Pada Hari Perlawanan 1 yang berlangsung malam tadi di Radia Arena, Bukit Jelutong, Shah Alam, AMD B-14 Dream mencatat kemenangan 3-0 ke atas SFC Red (SSN), manakala AMD B-14 Future menang 4-0 terhadap SFC Giant (SMKSA).

Hari Perlawanan 2 akan diadakan malam ini dan Hari Perlawanan 3 esok di Pandamaran Arena, Klang. Untuk Hari Perlawanan 4, perlawanan akan kembali ke Radia Arena pada Ahad bagi menentukan klasifikasi dari tempat pertama hingga kelapan.

Pengarah Teknikal NFDP, Datuk Ong Kim Swee, serta Penolong Pengarah Teknikal NFDP, Dato’ Dollah Salleh, dan Ketua Pendidik Jurulatih & Pencarian Bakat NFDP, Razip Ismail, turut hadir untuk menyaksikan kejohanan ini.

Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)

FAM #HarimauMalaya #NFDP



Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here