Penyanyi Tom menarik perhatian banyak pihak apabila membuat pengakuan bahawa rumah tangganya bersama suami, Fuad Rahman, kini diambang perpisahan.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook, Tom, yang juga dikenali sebagai Raja Farah Afzal Raja Ikram, berusia 40 tahun, menyatakan bahawa punca keretakan rumah tangga mereka adalah kerana kecurangannya sendiri dengan lelaki lain.
Tom juga mengakui kesalahan itu secara terbuka dan meminta agar orang ramai tidak lagi menghubunginya selepas ini.
“Saya sudah bercadang untuk bercerai dengan Mohamed Fuad Rahman, disebabkan kecurangan saya dengan lelaki lain.”
“Saya seorang wanita gatal, semua ini adalah salah saya. Jangan cari saya lagi, saya ingin terus curang.”
“Jika ada yang ingin menggantikan tempat saya, dipersilakan. Kami sudah dalam proses perceraian, rugi jika tidak mengambil peluang ini kerana suami saya seorang yang baik.”
Sebelum ini, muncul spekulasi mengenai masalah dalam rumah tangga pasangan ini, namun mereka pernah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa hubungan mereka masih baik.





