Home Lifestyle Debat Berbuka: Tradisi Meja Makan yang Tidak Pernah Surut

Debat Berbuka: Tradisi Meja Makan yang Tidak Pernah Surut

4
0


Setiap kali berbuka puasa, pasti ada perbincangan hangat di meja makan.

“Makan kurma perlu ganjil. Jika dua biji (genap), kurma tu akan berubah jadi gula dalam darah. Makan tiga biji (ganjil) baru dia jadi tenaga.”

Adakah anda pernah mendengar petua ini? Ia kedengaran meyakinkan, tetapi mari kita kaji dari perspektif sains nutrisi dan biologi manusia.

Fakta penting: Sistem pencernaan kita tidak dapat menghitung nombor.

Tidak terdapat mekanisme dalam tubuh yang akan berkata, “Oh, dia makan dua biji, mari kita tukar jadi lemak!”

Tubuh kita hanya mengira komposisi kimia dan volume. Sebiji kurma mengandungi sekitar 5 hingga 8 gram gula semula jadi.

Jika anda makan 2 biji (genap), badan menyerap 16 gram gula. Jika 3 biji (ganjil), badan perlu memproses 24 gram gula.

Secara sains, makan 3 biji kurma memberi kesan yang lebih tinggi terhadap kadar gula darah berbanding 2 biji. Lagi banyak anda makan, lagi banyak karbohidrat yang masuk, tidak kira genap atau ganjil.

Jadi, adakah salah untuk makan kurma ganjil?

Tidak sama sekali. Untuk umat Islam, makan kurma dalam bilangan ganjil (1, 3, atau 7) adalah amalan Sunnah yang baik untuk mendapatkan pahala. Ini adalah saranan kerohanian.

Walaubagaimanapun, mohon jangan rekaan fakta perubatan palsu (pseudosains) hanya untuk kelihatan canggih.

Bagi pesakit diabetes, penting untuk memantau saiz porsi. Jika kurma jenis Medjool yang besar, sebiji sudah cukup. Jangan paksa diri makan tiga biji semata-mata mengejar bilangan ganjil, nanti bacaan gula melambung tinggi ketika Tarawih.

Amalkan Sunnah dengan pengetahuan yang tepat, bukan berdasarkan mitos yang membahayakan kesihatan.

Cuba tag keluarga yang sering menjadi ‘polis kurma’ di meja makan untuk membaca fakta sains ini!

#PublicHealthMalaysia #FaktaKurma #GanjilGenap #SainsNutrisi #BulanPuasa #KencingManis


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here