Home Lifestyle Pantang Jerawat: Dilema Gatal yang Menggoda

Pantang Jerawat: Dilema Gatal yang Menggoda

44
0


Pantang bagi sesiapa yang nampak jerawat timbul di hidung atau sekitar bibir, pasti tangan gatal nak mencubit, kan? Rasa puas bila “nasi” jerawat itu terkeluar.

TAPI, tahukah anda bahawa kawasan ini dikenali sebagai “SEGITIGA MAUT”?

Kawasan yang perlu dihindari:
Dari pangkal hidung (di antara kening) turun ke sudut bibir kiri dan kanan.

Mengapa ia berisiko?
Salur darah di kawasan ini sangat unik. Ia terus bersambung ke bahagian dasar otak yang dinamakan ‘Cavernous Sinus’.

Lebih membimbangkan, salur darah di sini tidak mempunyai “injap”.
Jadi, jika anda mencubit jerawat dan kuman masuk ke dalam salur darah, ia boleh terus mengalir ke otak tanpa sebarang halangan.

Risiko jangkitan kuman termasuk:
1. Cavernous Sinus Thrombosis (Darah beku di lapisan otak).
2. Meningitis (Jangkitan otak).
3. Abses Otak (Nanah di dalam otak).
4. Masalah penglihatan atau strok.

Walaupun kedengarannya menakutkan, ini adalah realiti.
Jerawat di pipi atau dahi mempunyai risiko yang lebih rendah.
Namun, jika jerawat muncul di HIDUNG & ATAS BIBIR, sila jangan sentuh.

Jika terdapat jerawat di kawasan segitiga ini:
❌ JANGAN picit.
❌ JANGAN cabut bulu hidung dengan kasar (laluan kuman juga).
✅ Guna ‘acne patch’ atau ubat jerawat.

Lebih baik tampak kurang menarik untuk seminggu daripada memberi ruang kepada kuman “naik lif” ke otak.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here