Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof, bekas isteri penyanyi Nubhan, telah menarik perhatian netizen dengan hantaran emosional yang dimuat naik di platform Threads baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut, Dr. Afifah, lebih dikenali sebagai Dr. Fie, seolah-olah menegaskan haknya terhadap sebuah kediaman, dengan kapsyen tegas dan penuh perasaan.
“Ya! Ini rumah akuuuu!!!!!! Rumah akuuuuuu!! Jangan ambil ya,” tulisnya.
Hantaran itu segera menarik pelbagai reaksi dan spekulasi dari netizen, sebelum Dr. Fie memberikan penjelasan untuk mengelakkan salah faham.
Beliau menyatakan bahawa emosi yang diungkapkan sebenarnya dipengaruhi oleh perasaannya selepas menonton filem La Tahzan.
Ok semua…. Saya sedang emosi menonton filem #LaTahzan. Jangan salah faham! Tapi ending dia menakutkan, walaupun pemandangannya indah.
Di ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan penjelasannya dan memahami reaksi emosi yang boleh timbul selepas menonton filem yang menyentuh isu rumah tangga.
Untuk pengetahuan, Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah mengesahkan perceraian Nubhan dengan Dr. Fie setelah meneliti lafaz talak yang dilakukan di luar mahkamah. Sejak itu, setiap perkongsian Dr. Fie di media sosial semakin mendapat perhatian, terutamanya berkaitan dengan fasa baru dalam hidupnya.






