Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan ucapan bermakna sempena sambutan ulang tahun kedua perkahwinannya bersama suami tercinta, Fariz Zulkepley.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Shakilla mengakui bahawa dua tahun bergelar suami isteri bukanlah suatu pengalaman yang mudah.
“Setahun sebagai suami isteri. Bukan mudah. Ia berbeza dengan kehidupan bujang. Ibarat berada dalam kotak dan orang mencampak-campaknya. Begitulah perjalanan dua tahun ini.”
Shakilla menyatakan bahawa sukar untuknya menggambarkan sepenuhnya situasi rumah tangga yang dilalui, namun percaya setiap fasa adalah suatu proses pembelajaran untuk dirinya dan pasangan.
“Sukar untuk aku menggambarkan keadaan dengan dia, tetapi hatiku percaya ini adalah proses pembelajaran. Tidak mudah untuk mengekalkan keseimbangan, apatah lagi aku berperanan sebagai ‘tulang’ bagi banyak pihak. Namun, ini adalah cabaran dan jalan yang aku pilih.”
“Memang benar kata orang, perkahwinan membawa pelbagai cerita. Dalam tempoh ini, aku banyak belajar dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan setiap kisah dan tugasan yang datang,” katanya.
Pelakon tersebut menegaskan bahawa tiada pasangan yang sempurna dan setiap pilihan pasti ada cabaran tersendiri.






