Apabila petugas kesihatan menyatakan bahaya vape, masih ramai yang beranggapan kami hanya cuba menakut-nakutkan mereka. Namun, apabila individu yang terjejas mulai berkongsi pengalaman dengan gambar cecair dari paru-paru mereka dan pengalaman masuk hospital, penggunaan oksigen, serta kesukaran bernafas hingga tidak dapat tidur, mungkin mesej itu akan lebih berkesan.
Ramai yang melihat vape sebagai sekadar wap dan trend, tanpa menyedari bahawa paru-paru bukanlah alat yang boleh diganti. Sekali ia rosak, kesakitan, kebimbangan, bil hospital, dan trauma untuk bernafas dengan normal akan ditanggung oleh anda sendiri.
Jangan tunggu sehingga diri sendiri menjadi mangsa baru hendak menyedari bahaya ini. Jangan biarkan ibu bapa anda melihat anda terbaring dengan tiub di dada sebelum membuat keputusan untuk berhenti. Ada bahaya yang kita tidak perlu alami sendiri untuk memahaminya.
Jika anda masih menggunakan vape hari ini, berhenti memberi alasan kepada diri sendiri dengan menyatakan “aku okay je”. Banyak orang yang merasakan diri mereka baik-baik saja, sehinggalah paru-paru mereka membuktikan sebaliknya.
Kredit: Azimzaimaziz
#PublicHealthMalaysia #BahayaVape #LindungiParuParu #BerhentiVape
Source






