Trump berhasrat untuk menyaman BBC kerana marah terhadap suntingan yang dibuat oleh program Panorama. Isu ini muncul selepas mereka menyiarkan semula ucapan Trump dari 6 Januari 2021, tetapi suntingan itu memberi gambaran seakan-akan Trump mengajak tindakan ganas semasa peristiwa di Capitol Hill.
BBC mengakui bahawa suntingan itu adalah “unintentional” dan mengakibatkan “mistaken impression,” serta telah memohon maaf secara terbuka. Namun, Trump menganggap kesilapan tersebut sangat serius kerana ia melibatkan reputasi politik dan tanggungjawab undang-undangnya.
Beliau telah mengumumkan hasrat untuk menyaman dalam lingkungan USD1 bilion hingga USD5 bilion. Situasi ini turut menyebabkan dua pegawai tertinggi BBC, termasuk Pengarah Jeneral dan Ketua Berita, meletak jawatan.
Trump juga mempunyai rekod kejayaan dalam kes media sebelum ini, di mana Paramount Global pernah membayar USD16 juta untuk menyelesaikan kes dengan beliau. Dalam konteks politik Amerika, konflik Trump dengan media adalah strategi untuk menunjukkan beliau sebagai “lawan establishment”.
Memandangkan situasi ini berlarutan selepas pilihan raya New York, ia lebih daripada sekadar isu penyuntingan video; ia juga membabitkan permainan yang lebih besar antara Trump, media, dan reputasi politik.
Source






