Home Berita TMJ Melalui Bullish Aim Sdn Bhd: Strategi Baru dalam Pelaburan

TMJ Melalui Bullish Aim Sdn Bhd: Strategi Baru dalam Pelaburan

2
0


Tadi saya terjumpa berita di Bloomberg mengenai pelancaran stablecoin baharu yang disokong ringgit oleh TMJ melalui syarat Bullish Aim Sdn Bhd. Ini menjadikan Johor sebagai salah satu peneraju dalam inovasi kewangan digital di rantau ini.

Stablecoin ialah sejenis mata wang kripto yang direka untuk mengekalkan nilai yang stabil, agar tidak terpengaruh dengan turun naik harga yang ketara. Nilainya dijamin dengan aset yang stabil, seperti mata wang sebenar (contoh ringgit atau dolar), emas, atau bon kerajaan. Misalnya, jika nilai stablecoin tersebut ditetapkan pada RM1, penerbit mesti mempunyai aset yang mencukupi untuk menjamin penukaran RM1 pada bila-bila masa.

Fungsi utama stablecoin adalah sebagai alat pembayaran digital yang pantas, murah, dan stabil, berbeza dengan token lain yang lebih kepada spekulasi harga.

Stablecoin yang dikenali sebagai RMJDT dibiayai dengan deposit tunai dalam ringgit serta bon kerajaan jangka pendek. Ia juga akan dibangunkan di atas rangkaian blockchain ZetriX, teknologi asal Malaysia yang menjadi asas bagi inisiatif Malaysian Blockchain Infrastructure.

ZetriX adalah blockchain yang dibangunkan oleh syarikat Malaysia dan dikenali sebagai “enterprise-grade blockchain” kerana tujuan utamanya adalah penggunaan rasmi dalam perniagaan dan kerajaan, bukan hanya sekadar projek kripto biasa. Ia juga telah digunakan dalam inisiatif Malaysian Blockchain Infrastructure dan mempunyai kerjasama lintas sempadan, termasuk integrasi dengan rangkaian digital di China.

Yang menarik, Bullish Aim juga merancang untuk menubuhkan treasury aset digital dengan pelaburan awal sebanyak RM500 juta dalam token ZetriX. Ini menunjukkan komitmen dan keseriusan projek ini dari segi modal serta visi jangka panjang.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here