Penyanyi dan cef terkenal, Datuk Fazley Yakoob, telah menegur sesetengah golongan masyarakat yang terus memandang rendah terhadap wanita yang bergelar janda, di mana duda sering kali mendapat layanan yang lebih baik.
Dalam satu kenyataan di Threads, Fazley mempertikaikan mengapa duda dilihat sebagai calon yang ideal, sementara janda terus dicemuh dengan stigma negatif.
Saya ingin tahu, mengapa apabila seseorang itu menjadi duda, ramai yang berusaha untuk mengenalinya, tetapi ketika seseorang menjadi janda, mereka dipandang sinis?
Tidak semua duda itu baik, dan tidak semua janda itu jahat. Faham tak?






