BAGAIMANA ISRAEL CUBA GAGALKAN PERBINCANGAN DAMAI AS-IRAN
Tindakan Benjamin Netanyahu melancarkan serangan ke atas Lubnan semasa rundingan damai antara AS dan Iran sedang berlangsung menimbulkan keraguan terhadap tujuan sebenar strategi Israel.
Walaupun diumumkan gencatan senjata, Israel dengan jelas menyatakan bahawa Lubnan tidak termasuk dalam perjanjian itu, membenarkan operasi tentera diteruskan.
Dari perspektif geopolitik, tindakan ini lebih daripada sekadar isu teknikal. Ia menunjukkan bahawa Israel berusaha meredakan kejayaan diplomasi, terutamanya jika ia memberi manfaat kepada Iran di meja rundingan.
Ambil perhatian juga masa serangan yang mencetuskan kebimbangan. Serangan besar-besaran ke atas Lubnan berlaku segera selepas pengumuman gencatan senjata, dengan ratusan serangan udara dilancarkan dalam waktu singkat dan melibatkan banyak korban.
Tindakan ini mencetuskan reaksi daripada Iran dan sekutunya, termasuk ancaman untuk menarik diri daripada perbincangan dan menutup Selat Hormuz.
Dalam konteks ini, Israel dapat dilihat melakukan “strategic disruption”, iaitu mencipta tekanan baru agar diplomasi tidak stabil atau gagal sebelum kompromi yang mengikat dapat dimuktamadkan.
Ada pandangan bahawa Netanyahu mempunyai kepentingan politik dan strategik untuk prolong konflik ini. Dengan tekanan meningkat di dalam negara, seperti kritikan dan risiko kehilangan kuasa, meneruskan konflik menjadi cara untuk mengekalkan sokongan politik dan naratif keselamatan negara.
Dalam masa yang sama, dengan memperluas konflik ke Lubnan melalui Hezbollah, Israel dapat mengekalkan tekanan ketenteraan ke atas proksi Iran, meskipun rundingan AS-Iran sedang berlangsung.
Ini menjadikan konflik ini bukan sekadar perseteruan dua pihak, tetapi satu permainan leverage geopolitik, di mana setiap serangan bertujuan untuk menarget musuh di medan perang serta mempengaruhi posisi di meja rundingan.






