Kenapa Nyamuk Selalu Gigit Aku? Orang Sebelah Tak Kena!
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini? Sedang bersantai di mamak atau taman, tiba-tiba anda seorang yang lebih banyak menggaru. Kawan di sebelah? Tenang saja, tak ada nyamuk hinggap padanya.
Ramai yang beranggapan, “Mungkin kau berdarah manis, sebab itu nyamuk suka.”
Adakah ini benar atau sekadar mitos?
Menurut saintis, ada individu yang scrut diangap “Magnet Nyamuk”. Kira-kira 20% orang di dunia cenderung menjadi pilihan nyamuk.
Mengapa Anda Menjadi Sasaran? Berikut adalah alasan-alasannya:
-
Jenis Darah
- Kajian menunjukkan nyamuk lebih tertarik kepada individu yang berdarah Jenis O, dengan kemungkinan serangan hampir 2 kali lebih tinggi dibandingkan dengan darah A. Nyamuk dapat mengesan jenis darah melalui rembesan kimia pada kulit.
-
Karbon Dioksida (CO2)
- Nyamuk memiliki kemampuan untuk mendeteksi CO2 dari jarak 50 meter. Mereka tertarik kepada individu yang bernapas cepat (seperti selepas bersukan), individu bersaiz besar, dan wanita hamil yang mengeluarkan lebih banyak CO2.
-
Bau “Masam”
- Mereka juga sangat menyukai bau peluh, terutama yang disebabkan oleh Asid Laktik dan bahan kimia lain yang dikeluarkan ketika tubuh panas.
-
Warna Pakaian
- Nyamuk mudah melihat individu yang mengenakan pakaian gelap seperti hitam, biru gelap, atau merah. Pakaian cerah seperti putih atau kuning kurang menarik perhatian mereka.
Jika anda sering menjadi mangsa gigitan, mungkin bukan kerana kebersihan, tetapi mungkin disebabkan genetik darah O anda atau wangian yang menarik bagi nyamuk.
Tips untuk anda: Jika anda tahu diri adalah magnet nyamuk, pilihlah pakaian cerah dan gunakan repellent ketika keluar terutama pada waktu senja. Hindari menjadi ‘dermawan’ darah percuma kepada nyamuk Aedes!






