Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, menarik perhatian di Threads apabila meluahkan pengalaman jujurnya tentang perjalanan hijrahnya yang dipenuhi cabaran — termasuk kritikan dan perubahan layanan dari orang sekeliling.
Dalam perkongsian tersebut, Syasya menyentuh tentang pengaruh suara-suara yang mengnormalisasi perilaku tidak sesuai yang pernah dia lalui.
Contohnya, dia mengingatkan ungkapan-ungkapan seperti:
“Alaa skirt pendek je pun. Semua orang pakai.”
“Menari sikit je, bukan dosa besar pun.”
“Yang penting dapat followers, dapat job, dapat duit.”
Menurutnya, ungkapan-ungkapan ini berulang kali diucapkan sehingga menjadikan hatinya “mati rasa”, seolah-olah dosa hanyalah perkara biasa di media sosial.
Syasya juga mengakui bahawa dulu, setiap pandangan orang memberinya rasa kasih sayang. Namun, layanan itu berubah drastik setelah dia menutup aurat. Dia berpendapat ramai yang hanya mengiktiraf hijrah seseorang jika penampilannya masih dianggap “cantik” oleh masyarakat.
Namun, saat perubahan sebenar berlaku ketika dia mula merasai kehilangan. Dalam saat tersebut, Syasya merasa dirinya kembali ditemui.
Dia menghapus satu persatu video dan fotonya yang lalu, bukan kerana takut akan reaksi netizen, tetapi kerana rasa malu jika Allah melihatnya.
Syasya menutup tulisannya dengan sebuah doa yang menyentuh jiwa, mencerminkan keikhlasan dan kesungguhan dalam hijrahnya:
“Ya Allah… jangan kembalikan aku kepada versi yang manusia sayang, tetapi Kau tidak redha.”
Hantaran tersebut mendapat pujian ramai yang menghargai keberanian Syasya berkongsi kisah peribadinya dan mendoakan agar perjalanan hijrahnya dipermudahkan.
Source






