Mahadi Badrul Zaman, pengasas dan Presiden AUF MBZ, telah didakwa di Mahkamah Sesyen dengan dua pertuduhan berkaitan urus niaga sekuriti tanpa lesen yang sah.
Berusia 43 tahun, Mahadi menafikan semua tuduhan tersebut selepas ia dibacakan secara individual di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail.
Dalam pertuduhan itu, suami kepada Heliza Helmi tersebut didakwa sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT yang menjalankan aktiviti perniagaan dalam sekuriti, walhal syarikat tersebut tidak memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal serta tidak berdaftar bagi urus niaga sekuriti.
Tuduhan tersebut dikatakan berlaku di sebuah kediaman di Bayrocks Garden Waterfront Villa, Sunway South Quay, Subang Jaya, dalam jangka masa dari 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.






