PERBINCANGAN AMD BERSAMA SMK GAMBANG
Sesi perbincangan antara Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gambang, Pahang telah berlangsung semalam. Tujuan pertemuan ini adalah untuk memperkukuhkan kerjasama serta penyelarasan dalam pembangunan pemain berusia B-13, B-14, dan B-15, merangkumi aspek teknikal, pendidikan, dan kebajikan.
Hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Datuk Ong Kim Swee; Pengurus Besar NFDP, Muhammad Yusuf Ibrahim; serta Pengurus AMD, Mohd Zairul Faiz Zanudin.
Dari pihak SMK Gambang, wakil yang terlibat termasuk Pengetua, Muhammad Nazran Mat Nawi; Guru Penolong Kanan 1, Mariana Jusoh @ Che Kob; Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Muhammad Isa Harun; serta beberapa guru pentadbir lain.
Perbincangan ini difokuskan pada penyelarasan berkaitan pengurusan persekolahan untuk pelatih AMD di SMK Gambang, serta program latihan yang berkait langsung dengan aktiviti persekolahan.
Kerjasama dan komitmen berterusan dicapai dalam penyelarasan program pelatih, bagi tujuan melahirkan atlet yang seimbang, holistik dan siap sedia menyokong pembangunan bola sepak di negara ini.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara – NFDP






