Skuad futsal wanita Malayan Tigress telah berada di KLIA Sepang untuk berlepas ke Bangkok, Thailand bagi menyertai Kejuaraan Futsal Wanita ASEAN 2026, yang dijadualkan berlangsung dari 24 Februari hingga 2 Mac 2026 di Korat, Thailand.
Skuad yang dilatih oleh Jamhuri Zainuddin ini akan memulakan perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan A menentang Indonesia pada hari Rabu, 25 Februari 2026, diikuti oleh pertemuan dengan tuan rumah, Thailand, pada hari Khamis, 26 Februari 2026 di Terminal 21 Korat.
Pasukan yang muncul sebagai juara dan naib juara dari Kumpulan A dan B akan melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir pada hari Sabtu, 28 Februari 2026, manakala perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga dijadualkan berlangsung pada hari Isnin, 2 Mac 2026.
#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress #Futsal









