Skuad futsal Harimau Malaya yang dikendalikan oleh Addie Azwan Zainal telah tiba di hotel penginapan rasmi yang disediakan oleh AFC di Jakarta, Indonesia, hari ini. Mereka bersedia untuk menyertai Piala Asia Futsal 2026, yang akan berlangsung dari 27 Januari hingga 7 Februari 2026.
Malaysia berada dalam Kumpulan D dan akan bersaing menentang Iran pada Rabu, 28 Januari, Afghanistan pada Jumaat, 30 Januari, di Jakarta International Velodrome, serta Arab Saudi pada Ahad, 1 Februari 2026, di Indonesia Arena.
#FAM #HarimauMalaya #ACFutsal2026
#DemiLencanaDiDada








