Home Sukan Skuad Futsal Harimau Malaya B-19 Berlepas ke Bangkok untuk Saingan Antarabangsa

Skuad Futsal Harimau Malaya B-19 Berlepas ke Bangkok untuk Saingan Antarabangsa

7
0


Skuad futsal Harimau Malaya B-19 telah berangkat ke Bangkok, Thailand, hari ini untuk menyertai Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025 yang berlangsung dari 23 hingga 29 Disember ini.

Di bawah bimbingan jurulatih Rakphol Sainetngam, pasukan ini akan menjalani tiga perlawanan persahabatan di Bangkok sebelum memulakan saingan Kumpulan B. Mereka dijadualkan bertemu dengan Myanmar pada 23 Disember dan Indonesia pada 25 Disember di Stadium Nonthaburi.

Dua pasukan yang meraih tempat teratas dalam Kumpulan A dan B akan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir pada 27 Disember, diikuti oleh perlawanan penentuan tempat ketiga dan final pada 29 Disember 2025.

▶️ Untuk senarai akhir 14 pemain, sila layari https://shorturl.at/9nK0R

#FAM #HarimauMalaya #Futsal


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here