Kejayaan Skuad AMD B-14 di SFC Invitational Game 2026
Dua pasukan dari Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), iaitu AMD B-14 Dream dan AMD B-14 Future, telah berentap di final SFC Invitational Game 2026 yang diadakan di Radia Arena, Bukit Jelutong, Shah Alam, malam tadi.
Kedua-dua pasukan ini terdiri daripada 40 pelatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang berumur 14 tahun, yang dikendalikan oleh ketua jurulatih, Rusdi Suparman, bersama penolong ketua jurulatih, Aziz Ismail, dan Shahril Faizal Sharifuddin, serta jurulatih penjaga gol, Rozaimi Rohim.
Dalam perlawanan final tersebut, AMD B-14 Future berjaya menewaskan AMD B-14 Dream dengan keputusan 1-0.
SFC Invitational Game 2026 yang berlangsung sejak Khamis lalu melibatkan lapan pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan.
AMD B-14 Future telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam Kumpulan B dengan menewaskan SFC Giant (SMKSA), SFC Giant (SSN), dan PLD Larut Matang & Selama B-15.
Sementara itu, AMD B-14 Dream juga berjaya meraih kejayaan besar dalam Kumpulan A, setelah menewaskan SFC Red (SMKSA), SFC Red (SSN), dan PLD Larut Matang & Selama B-16.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara – NFDP






