Sergey Lavrov, menteri luar Rusia, telah menuduh Amerika Syarikat berusaha untuk menguasai saluran gas Nord Stream sebagai sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk mengawal pasaran tenaga global.
Saluran gas Nord Stream terletak di Laut Baltik dan merupakan paip bawah laut yang menghubungkan Rusia secara langsung dengan Jerman. Paip ini bermula dari Vyborg dan Ust-Luga di Rusia, melintasi dasar Laut Baltik, dan sampai ke pantai Jerman di Greifswald.
Dengan reka bentuk yang bypass negara transit seperti Ukraine dan Poland, saluran ini bukan sahaja berfungsi sebagai projek tenaga, tetapi juga sebagai alat geopolitik yang membolehkan pengaliran gas Rusia ke Eropah Barat tanpa gangguan pihak ketiga.
Lavrov menyatakan bahawa paip gas ini, yang dahulunya menjadi sumber bekalan tenaga murah kepada Eropah, kini telah menjadi sasaran geopolitik selepas insiden letupan pada 2022 yang masih belum terjawab.
Tuduhannya turut berlandaskan naratif bahawa Washington aktif mempengaruhi sumber tenaga di negara lain, seperti Iran dan Venezuela.
Di samping itu, laporan sebelum ini menunjukkan minat pelabur dari Amerika untuk mengambil alih sebahagian infrastruktur Nord Stream yang masih beroperasi, membangkitkan persoalan mengenai siapakah yang akan mengawal pengaliran tenaga ke Eropah di masa hadapan.
Gangguan terhadap saluran ini telah mengakibatkan penurunan drastik dalam bekalan gas Rusia ke Eropah, memaksa negara-negara EU beralih kepada sumber alternatif seperti gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat.
Perubahan ini bukan sahaja mempengaruhi harga tenaga, tetapi juga mengubah pola ketergantungan tenaga di rantau tersebut.
Situasi ini mencerminkan persaingan kuasa yang lebih besar antara blok Barat dan Rusia dalam menentukan daya aliran tenaga global.
Jika Amerika Syarikat berjaya menggantikan Rusia sebagai pembekal tenaga utama ke Eropah, ini akan meningkatkan pengaruh ekonominya dan mengukuhkan posisi dolar dalam perdagangan internasional.
Sementara itu, Rusia dan sekutunya seperti China diharapkan dapat mempercepat usaha untuk membentuk sistem alternatif, seperti perdagangan tenaga berasaskan yuan, mengakibatkan konflik ini menjadi lebih dari sekadar isu tenaga, tetapi juga pertarungan antara dua sistem ekonomi global yang berbeza.
Source






