Tindakan berani sepasang kekasih yang memilih tepi jalan sebagai tempat untuk berasmara berakhir dengan insiden apabila mereka dikejutkan oleh kehadiran pihak polis.
Lebih memalukan, gadis itu adalah seorang pelajar yang masih mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala teman lelakinya adalah seorang penuntut IPT yang berusia dalam lingkungan 20-an.
Menurut laporan daripada Harian Metro, kejadian ini berlaku di Jeli, Kelantan sekitar jam 3 petang. Pasangan tersebut dilaporkan cuba melarikan diri selepas menyedari bahawa polis sedang meronda dekat dengan mereka.
Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, mengesahkan bahawa mereka ditemui dalam kereta di tepi jalan sebelum ditahan.
Siasatan awal menunjukkan bahawa lelaki itu mengambil wanita tersebut dari sebuah sekolah di Jeli. Mereka kemudian berhenti di tepi jalan dengan tujuan untuk melakukan hubungan seks di dalam kereta secara rela. Namun, pasangan itu terkejut apabila polis yang sedang meronda muncul.
Source






