Perkara yang melibatkan seorang pelakon filem dan drama terkenal sedang hangat dibincangkan di media sosial setelah seorang individu mendakwa bahawa selebriti tersebut tidak membayar sewa rumah selama dua tahun.
Lebih mengejutkan, pelakon itu dilaporkan menganggap pemilik rumah sebagai ‘terdesak’ apabila diminta untuk menjelaskan bayaran yang tertunggak.
Dalam satu perkongsian yang viral, pemilik rumah itu mendakwa telah menyediakan kediaman dalam kondisi baik untuk penyewa tersebut. Namun setelah dua tahun, rumah tersebut dilaporkan mengalami kerosakan serius yang memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
Individu itu juga memuat naik beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp yang menunjukkan dia berulang kali bertanya tentang pembayaran sewa. Namun, dia mendapati jawapan yang diterima sangat mengecewakan dan tidak ada penyelesaian yang ditawarkan.






