Home Lifestyle Senyuman Pizza: Kegembiraan dalam Setiap Potongan!

Senyuman Pizza: Kegembiraan dalam Setiap Potongan!

86
0


Ada orang tersenyum bila melihat pizza, sementara yang lain merasa berdebar. Ada keinginan menggunung, tetapi fikiran mula mengira kalori.

Soalan yang sering timbul. Bolehkah kita menikmati pizza, atau harus dielakkan sama sekali?

Jawapannya, boleh.

Pizza bukan musuh kita. Cuma ada jenis pizza yang datang dengan 4 perangkap sekaligus. Daging proses, keju berlebihan, doh tebal, dan sos krim. Pepperoni, salami, meat lovers, cheese burst, deep dish, carbonara.

Walaupun nampak sedikit, namun kalori dan kandungan garamnya boleh menjadi tinggi tanpa kita sedari.

Jika anda ingin makan pizza tetapi masih mahu menjaga kesihatan, lakukan 3 langkah mudah. Ambil 1–2 keping dan berhenti. Pilih kerak nipis, dengan topping yang lebih ringan seperti ayam panggang, tuna, cendawan, bawang, capsicum, atau tomato. Kemudian, imbangi dengan salad atau sup jernih, dan minum air kosong, bukan minuman manis.


Source

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here